Friday, April 24, 2015

This isn't any special story. Its just a journal of a common woman of a date she cannot forget. where she hope the one who were being delivered on this date will finally read this himself. as for now, he is clueless about everything happened on this date last year. now he's only 1 years old. 

he is now 1 years old. 

Terima Kasih Allah.

Memasuki tarikh keramat ini 25April 2014 tahun lepas mama sudah pun terbaring di atas katil Dewan Bersalin Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Setiap saat mama berharap adik keluar dengan selamat. Mama tau..inilah hari yang semua orang perempuan paling takut untuk hadapi.

Mama sangat takut...

Mama sentiasa pandang baju dan selimut adik yang doktor letak depan katil mama. Apa yang mama tau anak mama akan pakai baju dan selimut tu kejap lagi. Tapi... adik masih dalam perut mama walaupun jam dah melepasi pukul 4 pagi. Sakitnya kalau boleh digambarkan rasa macam nak tercabut segala nyawa yang ada. Menggigil badan mama menahan sakit. Doktor pelatih lelaki yang jaga mama dari pukul 1 pagi tu sibuk main game Angry Bird sebelah mama. sabo je la. Kalau mama sakit sangat & mengadu, sambil matanya tetap melihat skrin phone dia suruh mama baca Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzolimin. Ayat tu ada ditampal kat dinding bawah jam depan mama. Dia pesan jangan menangis, anak sulung memang lama sikit. Ok mama dengar.

Selama hampir 10 jam berada dalam bilik itu, hiburan mama hanyalah suara-suara nurse yang kejap marah kejap pujuk kejap nasihat ibu-ibu yang tengah meneran di sebelah2 bilik mama. Mama bilik kelima. Sepanjang 10jam itu paling kurang 4 orang baby lahir dan mama dengar semuanya kecuali jeritan si ibu-ibu itu. Hmm. Aneh.Sehinggalah...memasuki jam 5 pagi sakit mama semakin menjadi-jadi. Entah apa yang menunjukkan mama dah nak bersalin tiba-tiba bilik mama yang cuma ada doktor seorang dan cleaner yang masuk entah berapa kali dah tiba-tiba dipenuhi dengan beberapa orang nurse dan seorang bidan (nurse juga). Seorang doktor Cina perempuan yang muda setahun dari mama berada di hujung katil, dua nurse di kiri, 2 lagi di kanan, seorang memantau CTG. Mama mula menggelabah. Adik dah nak keluar ke? Melihat semua yang ada mula mengajar cara meneran, ok confirm adik dah nak keluar! Mama terus buat mind set, apa nak jadi jadilah janji anak aku keluar dengan selamat!Mama kena marah sebab hempas kepala masa meneran, mama kena marah sebab keluarkan suara masa meneran, doktor Cina tu marah sebab mama lepaskan tangan mama dari kaki..ya Allah stressnya mama masa tu. Dan masa tu la mama dengar azan Subuh berkumandang jelas sekali. Mama tengok jam. 5.45 pagi. Nurse sebelah mama bersuara. “Tengok jam tu. Awak nak anak awak keluar pukul berapa? Sekarang tengah azan, masa yang baik awak teran dia,” ya, mama setuju. Tapi.. Tiba-tiba yang jaga CTG pula bersuara. “ Jantung anak awak makin drop,” Allahuakbar..rasa dah melayang nyawa mama dengar. Masa tu sekuat-kuat hati mama teran awak keluar. Semua cakap bagus mama bagus mama. nurse-nurse tu turut baca Lailahaillaantasubhanaka innikuntumminazzolimin bersama-sama. Dan akhirnya..!! mama dengar tangisan awak yang pertama pukul 5.57pagi Jumaat itu. Semua benda rasa terhenti. Hanya ada mama dan adik. Bidan tunjukkan jantina adik depan muka mama. sama macam yang diramalkan, lelaki. Doktor Cina yang asyik marah mama tadi tiba2 tersenyum macam tiada apa yang jadi dan berkata. “sori aa marah2 you tadi, I cuma mau baby ni keluar saja,” ok. Semua ucapkan tahniah dan buat kerja masing-masing dan mama akhirnya mendakap nyawa mama yang selama ini dalam perut mama buat pertama kali. Subhanallah...aku dah jadi seorang ibu..

Selepas beberapa minit adik diambil semula untuk dibersihkan dan diberi suntikan BCG dan bidan mula buat proses jahitan. Ok masa ni mama kalah. Sakit.

Di luar pengetahuan mama, nurse panggil papa dan nenek yang menunggu di luar dari pukul 10 malam tadi untuk masuk. Papa kata dia dah pasrah, if there’s any complication dia akan sign janji mama selamat. Masa tu dia dah nekad dan bagitau nenek dia tak nak anak lagi. Cukuplah sorang. Dia tak sanggup tengok mama susah sangat naklahirkan anak. He has no idea at all yang masa dipanggil tu dia dah pun jadi papa. Nenek rupanya yang perasankan adik dulu dibaluti selimut purple dalam baby koc. Maka tumpahlah air mata keduanya lalu azan pun diperdengarkan di telinga adik buat pertama kali sebelum adik diambil semula untuk mama susukan. Tapi mama gelap mata dan minta masa untuk berehat.Kemudian mama disediakan kerusi roda sama seperti macam malam tadi waktu mama dibawa dari wad ke dewan bersalin. Mama ditolak kepada papa dan nenek di luar dewan bersalin dan mama mencari reaksi papa pertama kali melihat anaknya tapi papa buat ‘dono’ je. Manalah mama tau papa dah pun tengok anaknya masa mama kena jahit tu. Jadi bila sampai wad mama terus tanya. “Tak nak azankan ke?” Dia terus balas, “Berapa kali nak azankan?” Uisy pelik ni. Masa bila pulak dia azankan? “Dah tadi dengan Mak. Wani belum keluar bilik bersalin tu nurse panggil.” Dan nenek pun cerita apa jadi sepanjang pagi itu. Kata nenek, bila dengar je azan nenek terus suruh papa solat dulu minta doa supaya mama dipermudahkan kat dalam tu. Jatuh air mata mama. Itu sebenarnya air mata mama yang pertama lepas adik dilahirkan. Only then I know kenapa dengan mudahnya adik keluar selepas azan Subuh itu. Maha Suci Allah! Allahuakbar!! Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.

Jadi inilah kisah di hari lahirmu sayang. Kisah bagaimana mama mula menyayangi sesuatu yang tak pernah mama jumpa. Bayangkanlah dari mana datangnya kekuatan seorang perempuan yang paling takut dengan doktor hospital ubat dan jarum dapat melalui hari itu dengan sabar dan tenangnya. Semuanya masih bagaikan mimpi. Mama hanya akan sedar dari mimpi itu setiap kali menatap wajah awak. Mama bahagia,lengkap rasanya hidup mama sekarang. Doa mama semoga awak selalu sihat, dikurniakan umur yang diberkati, jadi anak soleh dan taat pada perintah Allah dan Rasul, sentiasa gembira dan dijauhkan dari fitnah dunia. Walaupun satu hari nanti ada benda yang awak buat dan mama tak suka, mama yakin mama masih menyayangi awak sampai bila-bila kerana saat ini mama hidup bernafaskan kehidupan awak. Awak nyawa mama. papa kekuatan mama.

Terima kasih sayang.

Kepada kawan2 yg masih menunggu kehadiran cahayamata, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian. Biarlah apa orang kata, jadikanlah aku bukti bahawa menunggu lama tak bererti tiada rezeki. Sampai masanya kita akan merasa. Percayalah pada Allah dan berbaik sangka padaNya.

Yang ikhlas menyayangi Muhammad Rifhan Adzri bin Mohd Yussof,

Mama. p/s: kenapa nama itu dipilih? Nama asal yang dipilih papa ialah azrizal azri,bekas senior dia kat sekolah dulu. Dia suka nama tu katanya. Tapi mama cari maksud tak jumpa. Kemudian kami pilih nama muhammad irfan rifhan. Suka betul dia dgn nama rifhan tu sebab maksudnya kemewahan. Manalah tahu berkat sebut nama itu setiap hari kami dilimpahkan kemewahan kalau bukan dengan harta insyaAllah dengan bahagia. Masa tu tetiba mama jumpa maksud nama azri yg bermakna kekuatan/penyokongku. Mama suka makna dia. Dan mama tak nak papa terkilan pilihan nama pertamanya tidak dipilih. Jadi kami bersetuju menggantikan irfan dengan azri. Sehingga hampir tarikh bersalin nama itu masih tunggang terbalik samada muhammad azri rifhan atau muhammad rifhan azri. Hari keempat papa pergi JPN. Mama pesan make sure nama Muhammad dieja dgn betul dan tambah huruf D kat nama azri, saje ngengade ;) dan balik dari JPN tu barulah confirm nama yang diberi Muhammad Rifhan Adzri bin Mohd Yussof.Kalau perempuan, mama nak letak nama... ;) doakan adik awak gegirl ok. Mama nak geng. Okbai. Thanks sudi baca and like! ;) 

A story of live. 

Is back ;)