Wednesday, October 27, 2010

KeNaLi saYa

BiLa SayA nGah seDih..SeNaraI d bWh aKan mGuaSai HarI saYa

  • mEnDiaMkaN diRi saMbiL laYan LaGu2 sEdih yG sEsuaI dgN mUd
  • TerMeNunG LaMa saMpai KaDang2 MenanGis TanpA sEbab
  • MeNulis aPa SaJa yG tErliNtas dLm KepAla
  • KaLau aDa yG cUba MeNasiHati, HaNya aiR maTa yG aKaN mEnjaWab, noThinG elSe!
  • mUd mEnGeMas aKan dTg dGn SdirI, pcaYe La,Tu sUme TaNda ProTes sMaTa-mAta..
  • baCa QuraN n TaFsiR..(kAlaU yG ni bLaku, iTuLaH keSediHan yG x maMpu Aku taNggUng Lg)
  • mAraH oRg2 d sEkeLiLing wAlaU saLahNya x pTuT dMaRahi
  • LaYan cErita2 yG bLh buaT akU seNyum
  • KeLuaR dGn mEmBer2, caRi seBab uTk geLak..pNh 1 maSa, g mAin Boling, bGeLak baGai Dunia aKu yG pnyE, tP hakIkaTnyE..meReka aJe yG tau

BiLa SaYa nGah haPy

(nanti saya update, mud saya xde utk topik ni)

.......................

Thursday, October 14, 2010

TanDa2 diA menCinTai KamU

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknyayang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!

Wednesday, October 13, 2010

BeriTa Baik

wat masa ni rasa malas mengupdate blog sangat menguasai diri.. mungkin sebab sume yg aku rasa nak share aku akan tulis kat status FB setiap hari..
kecuali satu ni.. korang yg btuah je la yg tau..sebab korang rajin usya blog aku,hehe
first, semalam 13/10/10 adalah hari paling happy aku rasa sebab lulus ujian memandu yg dah 3 bulan terbengkalai disebabkan banyak masalah teknikal yg bukan disebabkan aku.. alhamdulillah..syukur sangat2 Allah makbulkan doa aku.. tapi aku rasa Allah makbulkan doa mak.. =)
everything was going smoothly yesterday.. dapat JPJ yg garang nak mati tunggu atas bukit..tapi mujur dia bagi can jugak even aku rasa kete x bape nak masuk petak..janji masuk sudah.. pastu yg sorang tu kan.. dahla ensem,suka senyum plak tu..aduhai..siap komen signature aku lagi.. pd korg yg pnah jd cluzmate or sesape la yg pnah tgk sign aku mesti tau kan btapa peliknye sign tu..(xla plik sgt pon) jawi campur rumi.. aku jawabla ni sign org Islam campur Melayu.. dia senyum lagi!! oh..jatuh sudah jantungku..haha!
pastu atas jalanraya aku dapat JPJ yg boleh tahan strict.. budak2 ulangan (D3) cakap, sape dapat JPJ named _____ jaga2 la.. sekali aku dapat! kuwang asam.. menggeletar tu kepala lutut.. drive punya drive, punyala best bawak kete baru x sdar meter dah lebey 80.. had laju budak baru blaja cam aku, just 60 je ye..take notes! hamikk..die komen kaw2 pnye atas test card tu.. die boleh TIDO masa aku drive.. xtaula btul ke x die tdo..tp yg aku dengar tu rasanya bukan bunyi aircond..bnyi dengkur tu.. otw patah balik, mujurla dia mau menyembang.. turun ckit tahap nerves aku yg aku rasa di tahap melampau tengahari semalam..
part paling happy semalam bila aku tanya dia.
"Saya lulus tak?"
"Luluslah. dah boleh bawak ni,"
kalaula xde orang yg tengah memerhati, kompem aku dah melompat masa tu..tq JPJ luluskan aku.. pasni aku takkan lari bila nampak JPJ,hahaha..

Al-hamdulillah.. tak terkira rasanya betapa bsyukurnya aku semalam.. boleh dikatakan semalam memang hari yg sangat btuah (lucky day) utk aku.. amin.. smoga korang yg masih menunggu ujian JPJ akan lulus dgn cemerlang ok! c ya on da road! vroom!

wassalam..

Tuesday, September 7, 2010

My Hari Raye..

kalau ikut plan i, malam raye i nak balik kampung.. esoknye g solat raye kat masjid bota kanan, g kubur atok, pastu g umah2 opah2 sedara macam biase..pastu lari ke teluk kepayang (kg arwah abah), while yg lain mneruskan pjalanan ke batu gajah (kg family cik deris).. kemudian ptg tu kami akan bkumpul semula kat kampung which is umah cik deris..

tapi..
plan mak lain..
tu yg i sedih..
sampai tertulisnya blog ni..
i tak tau nak luahkan kat sape lagi..
balak i gi terawih..
dia sempat suruh i sabar je..

mak punye plan..pagi raye solat raye kat sini (tmn maju), pastu g tluk kepayang, pastu g umah sedara mara yg i dah x kenal langsung.. n ikut nasib.. mungkin kena tdo tluk kepayang memandangkan dah lama ktorang tak balik beraya kat sana.. erm,..bukannya i lupa daratan..tapi x selesa sebab kena tdo sana.. apatah lagi sepupu i sume dah beranak pinak.. x sama dah macam raya masa kecik2 dulu..

i lagi suka raya kat umah cik deris yg dah tentu2 i kenal setiap muka yg ada dalam umah tu nanti..

apatah lagi raya kedua setiap tahun ada family day.. banyak kerja nak buat.. takkan kitorang datang time sumer keje dah siap.. i x pnah ponteng wat keje spnjang adanya family day ni.. ini mungkin kali pertama..

raya ni.
tak ada makna lagi.
abah, walau macamana pun, anak2mu akan balik tahun ni.

selamat hari raya abah..
dari ... maaf, dah x ingat apa abah gelar diri ni dulu..
rasanya.
kakak.
dah 14 tahun.
kebanyakannya kakak dah lupe.
tapi setiap tahun.
kakak x lupe satu pkara.
teringat kat abah setiap kali dengar takbir raya.
selamat hari raya abah.

Sunday, September 5, 2010

30 perkara perempuan tak sempat bagitau lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Thursday, August 26, 2010

Bahagianya Mereka..

i ngah menatap pic2 bekas senior2 i yg dh kawin n ade anak.. antaranya, ayu (ex-cluzmate F4 & F5), kak Tiah (ex-rumate few years kat SMKIS), kak Nani, Kak Siah, Kak Anil, Kak Ain, Kak Ecah, Kak Huda n beberapa org lagi yg x mampu diingat nama.. kebanyakkannya baru dapat anak n tgh tgu anak.. Tengok pic2 dorang tu macam tak percaya je tu la org yg sama pnh kongsi macam-macam cerita kat asrama selama 5 tahun aku kat SMKIS.. hai...sume dah jadi mak orang.. lebih-lebih lagi si ayu...oho, dia tu dulu nakalnya Tuhan je yg tahu..badan kecik molek je, anak dah sorang.. adoi..comel plak tu anaknye.. x silap nama anak die Ratu Raudah..

I wat entry ni sbb i tharu giler (ups, bln ramadan) i tharu sangat sebab salah satu nama yg i sebut kat atas tu adalah ikon romeo n juliet kat sekolah dulu.. bayangkan dorang bercinta dari form 1 sampai la dah ada anak sorang skang..lelaki tu bkn bdk skolah i ok.. die bdak skolah agama pling femes kat perak.. SMKASAS.. bukan tu je, lelaki tu jugak sangatlah terkenal kat skolah tu.. sebut je la nama dia yg agak2 unik tu..sape yg x kenal masa tu.. tapi dorang bjaya buktikan cinta agung yg menjadi tunjang utama citer Legenda Budak Setan tu masih wujud! eh, ingat senang ke cinta jarak jauh.. huhu..kalo tak berendam ayaq mata,ajaib betul la tu..(haha)

apa yg i tau, tak ada apa yg dapat memisahkan dorang walau sefemes mana pun maasom, n sejelita mana kak nurul huda.. satu-satunya sebab utama dorang mencapai tahap ni sebab dorang saling mempercayai.. semoga dorang bahagia n aku doakan mereka masih menjadi pasangan dalam syurga nanti..amin.

korang nak cinta macam diorang?
blajarlah untuk saling mempercayai.. ok? bagus..


wallahua'lam..


                                           inilah bukti cinta agung mereka.. ;)

Thursday, August 19, 2010

Usaha Menghilangkan Sakit Tekak

antara usaha i yg x bape bpengalaman dlm hal ubat-ubatan ni demi mnghilangkan keperitan yg dialami tekak i sejak bape ari lpas adalah seperti berikut.
  • Minum air masak banyak2
  • Minum madu campur air suam
  • Sapu balm CNI yg panas bagai nak rak tu
  • Menghisap dequadin berbiji-biji
  • Tidak minum Milo dan minuman sejuk
  • Minum ubat batuk yg mak simpan dlm peti ais
  • Last but not least, doa mintak Tuhan permudahkan tekakku d bulan pose ni..
i tak kisah suara i serak sebenaqnya.. tapi i kisah bila tekak i gatal2.. sungguh x selesa..oh tidak..

u/p:semonjak duo monjak ni, den suko butoi cakap bahso nogowi.. mahapla.. musim cakap nogowi gamok eih..

Thursday, August 12, 2010

Tips Cinta Jarak Jauh..

  • Sentiasa berkomunikasi atau berhubung agar mengetahui perkembangan pasangan
  •  Usahakan untuk bertemu walaupun sekejap terutama ketika cuti
  • Saling mempercayai dan setia
  • Kirimkan hadiah sebagai kejutan kepada pasangan terutama di hari penting seperti hari lahir atau ulang tahun.
  • Sabar dan berdoa agar hubungan kekal
  • Realistik terhadap hubungan dan pasangan. jangan bersangka buruk dan menuduh pasangan yang bukan-bukan. 
  • Jika ada masalah, selesaikan segera dengan cara baik. JANGAN biar ia berlarutan.

wink2!

Saturday, August 7, 2010

too little too late..

im not in the mood to post anything..but i am intentionally would like to inform ya all bout my driving licence..i'm on my way to get it,cant wait.. few hours to grab it but since the law of getting A driving license stated ya have to WAIT, so the few hours become less in a month from now. sounds STUPID huh? well,da truth..

actually the title has nothing to do with the driving license.. its more to ramadhan, our fasting month. wat bout it huh? REPENT! since ya have time to do it..but REMEMBER..once u repent, there's always a test for ya.. whether ya go thru it or not, its all depends on your FAITH (I hope it was the right word represent iman in english)..

i've something to share, which could be sounds UNFAIR to ur ears..

In life, u will have ONLY 1 reason to be in hell.. if u did it..no matter how nice and 'alim' u are..u'll be in the hell.. BUT in life also, you have so many reasons to be in the heaven.. it will balance your 1 greatest sins in the world.. how MERCIFUL is Allah right? renung-renungkan dan selamat beramal...

salam ramadhan al-mubarak from awan sekeluarga..
smoga ramadhan kali ni membawa kita lebih dekat dengan pencipta..

assalamualaikum...

Saturday, July 10, 2010

finally i could attend the wedding..

as a continuance of my previous posting..
she's abolutely looked gorgeous that day.. choosing maroon as the wedding theme colour,suit to her fair face..
i'm surprised when i was told by my cousin that she is the one who's preparing the 'pelamin'.. since my aunty had to go to bandung for some jobs' reasons.. she's never mentioned anything to me before.. by the way she told me the pelamin actually could look more 'ok' if they got light at the center of it but unfortunately the light could not function and she's dont know how to fix it..
i'll upload the photo once i got a chance. actually i forgot to bring my hp usb..so u guys 'xde rezki' nk tgk.. later ok.. got to go..wassalam...

P/S: aku jd juru3G utk cak nieza (bezfren kak sue) yg tak dpt dtg sbb kne OT ari tu..

as i promise to u guys,my beloved blog readers n especially untuk cik xaxa yg request pic2 ni a few seconds ago...this is some of kak sue's wedding pictures...


Saturday, June 26, 2010

my ex ouzmate wedding..

nama komersial dia kak sue.. 1st impression aku kat dia..(masa tu aku jmpe dia tepi longkang ngah tggu balak dia) dia susah nak rapat ngan org.. or bahasa scientificnya pilih bulu..dia kwn ngan org yg dia nak je.. tapi sangkaan aku meleset sama skali bila dia jd ouzmate aku lbih 2 thun.. kalau dia bcerita tak buat org gelak mmg x sah.. bygkan bler dia tgh menangis pun blh jd bhn gelak utk aku..teruk kn aku? haha..x blh lupa kenangan duk kat tingkap tingkat 3 sambil tengok dia menangis.. 

sebabkan dia ada dlm umah tu..aku jd takut utk buat salah.. kalau aku gaduh ngan GSB pun dia akn dpt tau.. aku kua ngan laki pun dia marah aku sampai kol 2,3 pg.. sebab tu aku rasa dia mcm kakak aku.. even aku x pnh tau prasaan ada seorang kakak..dgn dia, aku blh rasa.. ak syg dia mcm dia tu kakak kandung ak sndiri.. ble ktorang gaduh, aku sedih sgt..tp tu la dia, kngan dgn dia..

tak lama lagi dia akan jadi isteri orang.. mmg layak pn.. pndai masak, cekap wat keje umah..serba serbi la cukup.. mak aku pun x reti wat nasi kerabu,tp die reti! well, mak ak bkn org Kelate (haha,backup mak)..

aku nak g kduri dia kawin.. aku akn terkilan seumur idup klu x g.. tp cmne? tu la psoalannya skang.. hopefully ak dpt g.. kak sue, SELAMAT PENGANTIN BARU! smoga bahagia sampai anak cucu.. time kasih sbb jaga makan minum owg slama ni.. love u kak sue..thnx u soo much 4 everything..

Saturday, June 19, 2010

saya dah mesej kawan2 saya

2 hari lepas aku hantar mesej panjang lebar kat GSB.. btanye kabar sambil mengkabarkan pasal diri sendiri.. sume reply kecuali fy ngan ayu. ni aku ngah ym ngan fy..
tu je nk gtau..hehe

Sunday, May 2, 2010

how i wish i could turned the time..

after a very long time i never write anything here but believe me i still love to write something in this blog..
news? ak dh keje jd cashier kat cafe UTP.. best keje situ..at least aku tak jauh dari kehidupan student ak yg dlu.. i can improve my english as well bcoz most of da customers are foreigners.. malays are also around..handsome2,kacak,cute miut sume ade.. apakan daya,hatiku cuma pd si dia..hehhe..n da best part is all of them call me as 'kakak'.. how i hate that word while i was in Legenda..tp ada sorang tu, budak Indonesia..selamba badak je panggil ak makcik.. Grrr... tu je la skali..pastu dia panggil kakak balik..
dan ceritaku pasti jd lg best pasni.. nak tau nape? there's no one there yg tau aku ada HND including my boss, my tauke, my collegue..hak3.. x mcm cite novel ke.. kt situ taraf pendidikan aku la yg paling rendah sekali.. SPM.. can't go anywhere so i got da job..n yeah.. when they talking bout due date, assignment, project, thesis n etc.. dgn sng hatinye aku ikut bsembang..bg pndpt n they impressed! hahaha..but i have to ensure my boss wasn't around..or if not, im fired..coz lying to them bout my education background.. well, its all bout money..
susah nk blakon jd org yg ksong.. korg akn jd skit hti ble x blh kluarkn pndpt up to ur standard n expectation.. risau dicekup, so better silent n listen.. my advice is..don't lie from the beginning..like me,uhuhuhu...

well, got to go..i miss GSB,  miss my past.. miss my bf..n miss to be a student again... c ya!
wassalam~

Saturday, January 30, 2010

my room.. xtau nk start kmas dri mne... :(

ni bilik i.. lebih stahun jgk i dok bilik ni.. lama x renovate.. yg ni kdudukan sume brg sejak lepas raya puase tahun lepas.. 

 i kne kemas2..dh hbis study kn..isk3.. x sggup nk memunggah kenangan2 yg ada.. watever it is, LIFE MUST GO ON! jum cek it out..brg mne yg akn dipunggah dulu.. hurm..



  



 





 

huhu.. xmo kmas.. nk angkut sume yg ada tmasuk org2 nye jgk..huk3... i syg bilik ni.. tmpt i ketawa, nangis n ngumpat, sume2 la i wat kt bilik ni sebab ni bilik i kan.. 
cak poka slalu wat asemen atas katil i masa i busy2 ngan ym or wat asemen.. i rasa mcm i ada rumate, tp sbnrnye xde.. isk3..sedih ni.. i suke die lpak kt blik i..nnt ade kwn nyembang.. cak farah pn suke melaram dpn cermin i tu.. i will rindu kat adik2 i ni.. apy, jge pkah baik2 ea..

ok la, i rasa i dh tau nk pack ape dulu.. i xmo nangis2, dh pnt nangis.. i rasa spnjg i clear kan bilik ni nnt pn i nangis jugak.. isk3.. i will rindu sgt2 kat sumenye... nanti i dah kaye, i nak beli bilik ni balik.. (blh ke?) 
psanan khas utk pikah n farah: jaga diri.. jaga kesihatan.. study rajin2, xmo ponteng2.. xmo shopping tanpa had ye.. : p
chill.. kte jmpe mse amk result nnt ye.. 

i love u all till the end of time..

nnt ble blik dh clear, i upload pic ltak kt bwh ni k.. sayonara bilik 3, scXX 04XX.. =_=

Tuesday, January 26, 2010

WheW.. iT StarTs tO be ThE eNd

1,2,3...


4,5,6..(Dinner will taking place here)

7,8,9..(on 1 of these date, i'll leave Negeri Sembilan)



i guess it will be on 7 February 2010.


im not sure bout my feeling.. as i surfing facebook homepage..there's so many goodbye and last wishes for their friends.. last picture.. last assignment.. last exam.. last hangout.. everything i'd saw contains the 'last' word. 


dinner.. yes, i've prepared for it.. most of my cluzmate also have prepared i think.. im not that xcited.. x xcited sgt dh..since x rmai pn yg nak g.. adela dlm few groups.. few people..n aku rse ramai jgk yg aku tak knal nnt.. hope it will be a happening dinner ever.. ade x org nk wat movie maker psl bdk2 klas n lecturer masa dinner nnt? mcm xde je.. so there will be no tears...or else, i will be the first person crying there..=p (sbnrnye aku hrp ade) huhuhu.. perjalanan hidup kita sbg student..


aku ngah muflis nih,hahaha.. xtau MARA still on ke x.. aku bkn rajin amik tau psl mende2 ni.. slalunye,cak poka (ouzmate) atau cak nurul (cluzmate, sebelah blok mate, sng kate kwn aku ar..-baik bdknye) yg slalu gtaw psl MARA dh msuk ke blm.. hope esok MARA masuk.. klu x, aku nangis!


exam? tgh mnghafal la ni.. hehehe.. aku x blh lupe mse ecah (cluzmate yg pling slambe) tnye sir Lee.. "kitorg blh salin bulat2 ke ape yg ade dlm notes sir ni kt exam nnt?" tau ape sir tu jwb?
" You nak salin bulat2 ke.. petak2 atau segitiga pun saya tak kisah punya..." bahahaha!! majuk cak ecah mase tu.. yelh, sir ni strict2 die pn reti jgk la die wat lawak..."but u must explain," =) (as i thought) huk3..


gonna mish u guyz..3 years.. i've got so many thing but i've lost everything also..here...when i was one of Legenda Education Group's student..


sayonara~


Regards
Norzawani Zainun


aku suke ayat lily kat facebook.. "it may be the end of classes, but it is not the end of our friendship"

Monday, January 11, 2010

TiDur yaNg SanGat meNakuTkan..

sumenye sebab cerita ni..huhu



aku boleh ckp cter ni paling x best pnh aku tengok.. kuar je wayang kpala otak aku berpusing-pusing..
dahlah tgh lapar masa tu.. ramai jgk la yang tinggalkan panggung masa tu..
aku pun ade niat jgk..huhuhu

nak dijadikan citer, walaupon cter ni x best bg aku.. tp dek kerana pnakut n tlebih kreatifnya otak aku ni.. makanya bila nak tdo mlm td aku dh pikir bukan2..
I HATE IT!!!!
Cter ni xdela mnakutkan sangat sebab org yg pnakut mcm aku pn blh tgk.. apatah lg org2 yg suke tgk cter2 hantu nih... cuma effect dia seolah-olah dekat dgn khidupan seharian kita.. apa yg blaku masa kita tidur.. mungkin tak ada org pnah pikir sebelum ni kan.. 
so itulah yg buat aku tak boleh tdo lgsung semalam..

n sebab aku ponteng kelas utk kali ptama (dlm sem ni) hari ni adalah disebabkan kepalaku yang bdenyut-denyut mcm nak pecah bila bgn pagi tadi.. (aku terlelap bila hari dh siang.. klas kol 9am) 
KURANG ASAM KAN CITER TU,HUH!!!



Sunday, January 3, 2010

X seDaP haTi...

pagi tadi aku mimpi adik bongsu aku yg baru habis SPM baru2 ni (mohd nur amin zainun) kena belasah ngan sekumpulan gangster sampai mati.. ade sorg lelaki yg selamatkan dia.. kuat firasat aku mengatakan itu arwah abah.. tapi aku tak nampak muka dia.. aku sedih sangat dalam mimpi tu n aku rasa aku menangis dlm tidur.. 


aku nekad untuk call rumah.. mula2 msg adik aku, tak delivered.. ya ALLAH, risau betul aku.. then aku call mak, xdpt.. aku mula terpikir yg bukan2.. aku nak tanya adik aku sorg lg tapi aku takut dia plk yg risau nanti.. maklum la anak emak..


entah siapa yg bisikkan kt telinga aku suruh msg no yg tak dikenali mase adik aku dtg KL untuk kursus kerja baru2 ni.. aku pun hantar.. tpt pkul 4.00 pm tadi.. aku yakin msg aku akan sampai kat dia..


salam.. mcmne balik aritu? sume ok? mak sihat?


then aku send dgn sgunung harapan supaya dibalas.. alhamdulillah delivered..dan aku dapat reply..

mak shat.. kt umah makcik Nah ni.. dlm hutan..

akulah org pling happy masa tu.. alhamdulillah, adik ngan mak aku tak apa-apa.. dah lama tak kirim berita kat mak.. utk korg yg masih ade mak ayah yg dah lama korg tak kirim berita.. tak salah kalau korg kirimkan sekarang.. pasti dorg happy sangat..

wassalam..