Friday, April 24, 2015

This isn't any special story. Its just a journal of a common woman of a date she cannot forget. where she hope the one who were being delivered on this date will finally read this himself. as for now, he is clueless about everything happened on this date last year. now he's only 1 years old. 

he is now 1 years old. 

Terima Kasih Allah.

Memasuki tarikh keramat ini 25April 2014 tahun lepas mama sudah pun terbaring di atas katil Dewan Bersalin Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Setiap saat mama berharap adik keluar dengan selamat. Mama tau..inilah hari yang semua orang perempuan paling takut untuk hadapi.

Mama sangat takut...

Mama sentiasa pandang baju dan selimut adik yang doktor letak depan katil mama. Apa yang mama tau anak mama akan pakai baju dan selimut tu kejap lagi. Tapi... adik masih dalam perut mama walaupun jam dah melepasi pukul 4 pagi. Sakitnya kalau boleh digambarkan rasa macam nak tercabut segala nyawa yang ada. Menggigil badan mama menahan sakit. Doktor pelatih lelaki yang jaga mama dari pukul 1 pagi tu sibuk main game Angry Bird sebelah mama. sabo je la. Kalau mama sakit sangat & mengadu, sambil matanya tetap melihat skrin phone dia suruh mama baca Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzolimin. Ayat tu ada ditampal kat dinding bawah jam depan mama. Dia pesan jangan menangis, anak sulung memang lama sikit. Ok mama dengar.

Selama hampir 10 jam berada dalam bilik itu, hiburan mama hanyalah suara-suara nurse yang kejap marah kejap pujuk kejap nasihat ibu-ibu yang tengah meneran di sebelah2 bilik mama. Mama bilik kelima. Sepanjang 10jam itu paling kurang 4 orang baby lahir dan mama dengar semuanya kecuali jeritan si ibu-ibu itu. Hmm. Aneh.Sehinggalah...memasuki jam 5 pagi sakit mama semakin menjadi-jadi. Entah apa yang menunjukkan mama dah nak bersalin tiba-tiba bilik mama yang cuma ada doktor seorang dan cleaner yang masuk entah berapa kali dah tiba-tiba dipenuhi dengan beberapa orang nurse dan seorang bidan (nurse juga). Seorang doktor Cina perempuan yang muda setahun dari mama berada di hujung katil, dua nurse di kiri, 2 lagi di kanan, seorang memantau CTG. Mama mula menggelabah. Adik dah nak keluar ke? Melihat semua yang ada mula mengajar cara meneran, ok confirm adik dah nak keluar! Mama terus buat mind set, apa nak jadi jadilah janji anak aku keluar dengan selamat!Mama kena marah sebab hempas kepala masa meneran, mama kena marah sebab keluarkan suara masa meneran, doktor Cina tu marah sebab mama lepaskan tangan mama dari kaki..ya Allah stressnya mama masa tu. Dan masa tu la mama dengar azan Subuh berkumandang jelas sekali. Mama tengok jam. 5.45 pagi. Nurse sebelah mama bersuara. “Tengok jam tu. Awak nak anak awak keluar pukul berapa? Sekarang tengah azan, masa yang baik awak teran dia,” ya, mama setuju. Tapi.. Tiba-tiba yang jaga CTG pula bersuara. “ Jantung anak awak makin drop,” Allahuakbar..rasa dah melayang nyawa mama dengar. Masa tu sekuat-kuat hati mama teran awak keluar. Semua cakap bagus mama bagus mama. nurse-nurse tu turut baca Lailahaillaantasubhanaka innikuntumminazzolimin bersama-sama. Dan akhirnya..!! mama dengar tangisan awak yang pertama pukul 5.57pagi Jumaat itu. Semua benda rasa terhenti. Hanya ada mama dan adik. Bidan tunjukkan jantina adik depan muka mama. sama macam yang diramalkan, lelaki. Doktor Cina yang asyik marah mama tadi tiba2 tersenyum macam tiada apa yang jadi dan berkata. “sori aa marah2 you tadi, I cuma mau baby ni keluar saja,” ok. Semua ucapkan tahniah dan buat kerja masing-masing dan mama akhirnya mendakap nyawa mama yang selama ini dalam perut mama buat pertama kali. Subhanallah...aku dah jadi seorang ibu..

Selepas beberapa minit adik diambil semula untuk dibersihkan dan diberi suntikan BCG dan bidan mula buat proses jahitan. Ok masa ni mama kalah. Sakit.

Di luar pengetahuan mama, nurse panggil papa dan nenek yang menunggu di luar dari pukul 10 malam tadi untuk masuk. Papa kata dia dah pasrah, if there’s any complication dia akan sign janji mama selamat. Masa tu dia dah nekad dan bagitau nenek dia tak nak anak lagi. Cukuplah sorang. Dia tak sanggup tengok mama susah sangat naklahirkan anak. He has no idea at all yang masa dipanggil tu dia dah pun jadi papa. Nenek rupanya yang perasankan adik dulu dibaluti selimut purple dalam baby koc. Maka tumpahlah air mata keduanya lalu azan pun diperdengarkan di telinga adik buat pertama kali sebelum adik diambil semula untuk mama susukan. Tapi mama gelap mata dan minta masa untuk berehat.Kemudian mama disediakan kerusi roda sama seperti macam malam tadi waktu mama dibawa dari wad ke dewan bersalin. Mama ditolak kepada papa dan nenek di luar dewan bersalin dan mama mencari reaksi papa pertama kali melihat anaknya tapi papa buat ‘dono’ je. Manalah mama tau papa dah pun tengok anaknya masa mama kena jahit tu. Jadi bila sampai wad mama terus tanya. “Tak nak azankan ke?” Dia terus balas, “Berapa kali nak azankan?” Uisy pelik ni. Masa bila pulak dia azankan? “Dah tadi dengan Mak. Wani belum keluar bilik bersalin tu nurse panggil.” Dan nenek pun cerita apa jadi sepanjang pagi itu. Kata nenek, bila dengar je azan nenek terus suruh papa solat dulu minta doa supaya mama dipermudahkan kat dalam tu. Jatuh air mata mama. Itu sebenarnya air mata mama yang pertama lepas adik dilahirkan. Only then I know kenapa dengan mudahnya adik keluar selepas azan Subuh itu. Maha Suci Allah! Allahuakbar!! Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.

Jadi inilah kisah di hari lahirmu sayang. Kisah bagaimana mama mula menyayangi sesuatu yang tak pernah mama jumpa. Bayangkanlah dari mana datangnya kekuatan seorang perempuan yang paling takut dengan doktor hospital ubat dan jarum dapat melalui hari itu dengan sabar dan tenangnya. Semuanya masih bagaikan mimpi. Mama hanya akan sedar dari mimpi itu setiap kali menatap wajah awak. Mama bahagia,lengkap rasanya hidup mama sekarang. Doa mama semoga awak selalu sihat, dikurniakan umur yang diberkati, jadi anak soleh dan taat pada perintah Allah dan Rasul, sentiasa gembira dan dijauhkan dari fitnah dunia. Walaupun satu hari nanti ada benda yang awak buat dan mama tak suka, mama yakin mama masih menyayangi awak sampai bila-bila kerana saat ini mama hidup bernafaskan kehidupan awak. Awak nyawa mama. papa kekuatan mama.

Terima kasih sayang.

Kepada kawan2 yg masih menunggu kehadiran cahayamata, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian. Biarlah apa orang kata, jadikanlah aku bukti bahawa menunggu lama tak bererti tiada rezeki. Sampai masanya kita akan merasa. Percayalah pada Allah dan berbaik sangka padaNya.

Yang ikhlas menyayangi Muhammad Rifhan Adzri bin Mohd Yussof,

Mama. p/s: kenapa nama itu dipilih? Nama asal yang dipilih papa ialah azrizal azri,bekas senior dia kat sekolah dulu. Dia suka nama tu katanya. Tapi mama cari maksud tak jumpa. Kemudian kami pilih nama muhammad irfan rifhan. Suka betul dia dgn nama rifhan tu sebab maksudnya kemewahan. Manalah tahu berkat sebut nama itu setiap hari kami dilimpahkan kemewahan kalau bukan dengan harta insyaAllah dengan bahagia. Masa tu tetiba mama jumpa maksud nama azri yg bermakna kekuatan/penyokongku. Mama suka makna dia. Dan mama tak nak papa terkilan pilihan nama pertamanya tidak dipilih. Jadi kami bersetuju menggantikan irfan dengan azri. Sehingga hampir tarikh bersalin nama itu masih tunggang terbalik samada muhammad azri rifhan atau muhammad rifhan azri. Hari keempat papa pergi JPN. Mama pesan make sure nama Muhammad dieja dgn betul dan tambah huruf D kat nama azri, saje ngengade ;) dan balik dari JPN tu barulah confirm nama yang diberi Muhammad Rifhan Adzri bin Mohd Yussof.Kalau perempuan, mama nak letak nama... ;) doakan adik awak gegirl ok. Mama nak geng. Okbai. Thanks sudi baca and like! ;) 

A story of live. 

Is back ;)

Monday, October 31, 2011

ReWang

hampir 2 bln x update blog sjak jd isteri org.. bnyk perubahan dlm hidup yg perlu difahami smpai xde masa utk duduk lama2 dpn laptop.. busy! kerja, suami. rumah n perancangan masa dpn.. everything takes everything.. 

perkara paling baru aku dh belajar sejak duduk negeri org ni adalah REWANG. bunyinye mcm...simple, g rumah org nak buat kenduri, n tolong potong2 bawang. aku dah merasa rewang kt 3 buah negeri setakat ni. negeri pertama, perak,negeri kelahiranku. upacaranya mudah, kalau jiran yg buat kenduri, pagi n ptg sblm majlis org akan beramai2 tlg potong bwg, blender itu ini n msk apa yg patut. lelaki tidak ada dlm senarai rewang. mereka hanya muncul bila makanan akan dihidangkan. REWANG tiada makna lg kalau si jiran tempah makanan pakai catering. ade la sikit bhgn kerja utk sedara mara. kalau kendurinya kecil spt majlis cukur jmbul, doa selamat atau org g haji,hanya ahli keluarga akan sediakan makanan. jiran2 yg rapat akan tlg. ada juga yg x tlg n x dtg walaupun sebelah rumah. dan itu perkara yg sgt biasa. itu kalau jiran. kalau saudara mara berkenduri, beberapa hari sblm majlis, saudara ramai dh balik. tolong buat sikit2. yg memasak, masaklah(mak2). yang mengemas, kemaslah(anak2 dara), yg mengangkat brg2 angkatlah(anak2 lelaki), yg bapak2nya hisap rokok n arah apa yg patut. kalau ada jiran, mereka akan tlg sampai makanan siap dimasak n ambil makanan sikit sorg utk merasa. ramai jgk x ambil sbb kenduri nanti akan makan lauk yg sama. kalau namanya pengantin, buatlah apa kau suka asalkan bukan buat kerja. rasionalnya, xnk bg pengantin nmpk penat n x berseri atas pelamin. 
rewang di perak motifnya masak makanan utk kenduri..

di selangor. mudah lg upacaranya. bagitau nak kenduri berpusu2 org dtg rumah memasak. cth kendurinya malam nanti, ptgnya baru mula berewang. lewat ptg semuanya siap dimasak. malam dtg semula utk makan.makanan utk 300 org dlm satu2 masa hanya seorang pn mampu siapkan,sorg bantu. biasalah hidup di kota,bkn bercampur org sgt. yg catering hanya siapkan duit shj. dari mula smpai habis, org ketering yg uruskn..tuan rumah lyn tetamu.

sekarang kita masuk bab rewang di negeri johor. x ramai yg tau selagi x jadi rakyat johor yg sebenar2nya. 1 hari nanti aku nak panggil majalah 3 buat liputan pasal kenduri kahwin terutamanya di sini. di sini, aku pernah menjadi pengantin, jiran pengantin lelaki n saudara pengantin perempuan. kita cerita satu2 ok.. buat org bkn johor, jgn terkejut dgn apa yg bakal anda baca. buat org johor, inilah kebenaran yg dipanggil adat selama ini. 

pertama, belajar bahasa dulu.
rewang = mengerah tenaga utk kduri dlm pelbagai cara dan kerja
berkat = makanan yg disediakn utk org2 kg yg dtg rewang (nasi utk 3 org mkn, lauk beberapa jenis)
makan berdamai = makan beradab
menyumbang = hulur duit

menjadi pengantin di sini tidaklah sesusah mana kerana yg penting di sini bukan pengantinnya tapi makanannya. seminggu sebelum majlis,org kg mula berewang. beberapa minggu sblm majlis, mesyuarat utk beritahu tarikh, nak msk apa, bila nk angkat balai (khemah), ada mundur (majlis sambut menantu) ke tidak, siapa chef. semuanya akan ditentukan di situ dan yg perempuan akan memasak. makan.

kemudian, kebiasaannya seminggu sblm majlis, ada angkat balai. mmg pnt nak angkat balai. rewang dan makan malah ada berkatnya.

lepas angkat balai yg perempuan akan dtg ke rumah pngntin, rebus telur, bungkus berkat, isi bunga telur, msk serunding dan bnyk lg. yg ni aku x pasti ada ke tidak berkatnya. 

kerja terus bertambah apabila majlis semakin dekat. sehari sebelum majlis..seawal pukul 7 lg dah ada org kg yg dtg ke rumah nak berewang. hari ini hari haram bg tuan rumah seisi keluarga turun ke dapur dan berewang. dari A-Z akan diuruskan sepenuhnya oleh org2 kampung. pagi org kg akan berewang masak utk brekfes dan makan tengahari utk mereka dan tuan rumah. berkat diberikan. selalunya tak ramai yg terlibat di sesi pagi. menjelang pukul 2 tengahari, 1 kampung akan turun berewang di rumah majlis. tuan rumah akan duduk bersantai dan bgtau di mana letaknya brg2 yg diperlukan shj. kita xkn nmpk dia buat apa2 sehari sblm majlis. begitu juga seluruh ahli keluarganya. kali ni mereka akan masak utk mkn mlmnya pula di mana malam sblm kenduri akan diadakan majlis berzanji oleh kaum2 hawa. yg lelaki akan menggoreng ayam, pasang meja dan sediakan apa yg perlu utk esok. berkat kuih dan gula2 diberikan lg oleh tuan rumah. kalau mahu tgk kaum hawa melaram sakan, masa inilah. sbb hari majlis bkn hari melawa sbb masih perlu rewang..

hari majlis.

pukul 7 lebih org kg dh dtg. rewang. kali ni baru betul2 masak utk kenduri. kerja diagihkan sekelip mata. yg buat makan berdamai lain, pencuci mulut lain, penyambut tetamu lain, cuci pinggan lain, cuci cawan lain, buat air lain, potong bwg lain,tukang cedok, tukang lap, tukang angkat tukang kacau, tukang mngarah, mastermind dan bermacam2 lg jawatan yg ada. 100 % dilakukan oleh org2 kg. tuan rumah pula akan berada di anjung, x bergerak2 spy senang tetamu dtg mencari utk menyumbang. dkt perak pn ada nyumbang2 gini tp tuan rumahnya tidaklah duduk setempat sampai pengantin dtg pun tidak boleh ikut serta meraikan pengantin. seperti yg diberitahu d awal tadi, pengantinnya tidak penting, yg penting makanannya.

berkat masih diberikan pd hari kenduri.

aku jaga bahagian cateringnya. cedok bubur. dari sudut tu, aku nampak ibu bapa pengantin, tukang masak, penyambut tetamu, dan org2 rewang/ kendarat (org rewang di hari kenduri). wajah ibu pengantin sama mcm reaksi mak mentuaku di hari persandingan kami. muram sambil menerima sumbangan. tidak ada perkara yg menggembirakan pd majlis sambut menantu. wajahnya risau memanjang. tukang masak tidak henti2 memasak, penyambut tetamu terus menyambut walaupun tidak kenal, saudara mara terus berada di anjung menanti pengantin. ada sudut membungkus berkat,dari pg smpai ptg d situlah dia. 

satu shj pendapatku. semua ni membazir. di akhirnya tidak ada siapa pun yg gembira. berkat yg diberikan dibuang begitu saja. kos utk mengadakan berkat utk 1 kg mencecah sampai rm2000. blm makanan utk majlisnya. tidak hairan jika kos mengadakan sebuah majlis kahwin simple sekalipun mencecah sampai berbelas ribu! 

biar mati anak, jgn mati adat.

selagi peribahasa itu dijunjung, kami akan terus membazir.

yg seronoknya 1 je, time pengantin diarak.. ada kompang, zapin,n silat. best sgt... 

yg lain..korg rasalah sendiri sonok ke x.. my opinion is up there.. thats all 4 now.. 

p/s: blm ade berita baik lg tau ;)

wassalam



Tuesday, September 6, 2011

HaDiah TerHebaT daRi AllaH "SeBuah KepuLanGan"

kata org, kalau berdoa bersungguh-sungguh sehingga menitiskan air mata, doanya akan makbul. cepat atau lambat, itu kerja Allah menentukannya.


Tanggal 23 Julai 2011 aku tulis mesej berbunyi : "salam, yong akan bertunang n menikah pada hari raya ke-4 ni. dah ditetapkan n xblh ditunda lg. kalau kamu sempat balik, majlis di rumah lelaki pd 11hb september. plan asalnye nak bertunang je, tapi bila org2 tua berbincang mereka sekalikan tunang n nikah terus. majlis kat umah cik deris. kduri rye kdua ditunda ke rye ke-4 tu. skrg yong masih uruskan borang nikah. doakan yg terbaik utk kami n restui pernikahan kami nanti. smoga kamu smpat balik sblm majlis pihak lelaki. wassalam" untuk adik aku yg ketika tu dah 3 bulan berada di India. 


Tanggal 8/8/2011 pula tertera di profile facebook aku status yg berbunyi: "doa yg sy nk Allah tlg makbulkn d bln mulia ni cuma 1 je.. sy nk adik sy Zulkarnain  sekurang2nya tau ttg berita tbesar dlm hdup sy sblm harinya tiba. lebih bermakna klu dpt tgk die pd hari tu. i really wish for that, so that my mom. ejoy, plz respon to this news a.s.a.p,plz




& dlm blog ni jgk ade terselit nama die. kedua2 post ttg perkahwinan aku.


sepanjang tempoh tu, dlm fikiran aku ada 1 benda je. melainkan keajaiban terjadi, dia takkan tau aku akan berkahwin & tak mungkin aku dapat tengok dia pada hari pernikahan tu. makin hari aku semakin percaya dan tak nak berharap lagi. aku redha dan aku takkan marah dia taak balik. aku cuma harap dia dapat terima.


sehinggalah sehari sebelum majlis aku. masa tu aku dalam perjalanan ambil kek hantaran dgn Mak, Cik Nah, Awin n Anas. mesej dari dia d India. tertera nombor foreigner.


"Salam. Slmt hari rye buat sume yg berada d msia. mintak maaf sbb xdpt balik awal. jet pjuang boleh keliling dunia dlm masa 3 hari. matahari boleh keliling dunia dlm 1 hari. tapi ada yg lebih pantas dari itu. Iaitu maut. InsyaAllah sblm maut datang,superman ini akan terbang selaju mungkin untuk menghadiri majlis gemilang kakaknya. Pray 4 me to be there on 2nd Sept. Wslm"


saat tu aku x blh nk trgkn apa yg aku rasa. air mata jatuh tanpa henti spnjg perjalanan. tak sorg pun sedar kecuali Awin yg duduk sebelah. DOA AKU MAKBUL YA ALLAH...
ini bukanlah keajaiban kli ptama tjadi dlm hdup aku. jauh dlm hati aku ttp menafikan adanya keajaiban itu. aku masih x pcaya. sekalipun dia dah tau mustahil dia dpt dtg kerana saat itu jasadnya berada di India. 


detik demi detik berlalu. majlis telah pun berlangsung. aku selamat dinikahkan jam 10.30 pagi. kelibat dia ttp  x kliahatan lepas majlis dan sanding. dlm hatiku terus menghitung masa yg dah berlalu. lewat petang tetamu semakin kurang. aku mula menjadi model pakaian mcm2. lagu hindustan bkumandang. kabhie kushie kabhie gham. shah rukh turun dari helikopter. 


kereta sepupuku masuk ke halaman rumah. " Ejoy!" ada suara yg berkata tp hatiku menidakkan. aku terus bergambar sehinggalah mata semua orang tiba terpaku pada sesusuk tubuh berjubah putih yang keluar dari kereta yang dipandu sepupuku tadi. Subhanallah..superman ini benar2 telah terbang laju melangkaui fikiranku. sorang demi sorang menitiskan air mata bila dia mendekati termasuk aku, makcik2 dan sepupu2 kami yg lain. matanya terus mencari bayangan syurganya, Mak. berjumpa abg iparnya dipeluknya erat. Ya   Allah, terima kasih menganugeraahkan hadiah paling hebat ini.










ya Allah.. gambar2 ini takkan bermakna sekiranya tidak Kau makbulkan doaku petang Jumaat itu. kpd adikku ejoy, terima kasih sbb menghadiahkan sebuah kepulangan pada kami yg menanti di kampung sejak 4 bln lalu.


a story of life.


alive here.


wassalam

Monday, August 15, 2011

tarikh makin hampir, keje tak habis2

alhamdulillah aku bjaya tamatkan kursus pra perkahwinan dgn jayanya.. cewah =p
sijil dh dapat, borang pn dh hantar.. adik bongsu aku pon dh serahkan kuasa veto walinya kpd tok kadi bersaksikan aku dan cik deris.. xde adik aku, x kawin la kami.. terima kasih hamzah..

aku pn dh dapat tau cawangan baru lpas kawin nnt, kat Parit Raja, kira2 70km dr rumah bakal suami, huhu.. ok r tuh.. kalo still duk bayan lepas, bpisah utara selatan laa..
latest new, malam raya aku jaga manjung.. jauh tuuuu.. mau bengkak mata nk drive tgh2 mlm rye dgn jamned lg, hantu rye pn dh kua!!! waaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

tengok! mlm raya pn bakal pengantin kena kerja.

adik aku masih xde kabar berita smpai sekarang..

smlm dh beli brg2.. hantaran pn dh ada 3 jenis.. few things lg! yg pling urgent brg2 nk bg tetamu.. serabut la kpala mau pk.. smlm pitam kjp.. eh betul ni, x tipu.. btul2 sudah pengsan oo..

dngaq cter cuti mcm dh lulus je.. baik plk k.long ni.. tu aku redha je jge mnjong, wakaka! tq k.long..

ok guys, thats it 4 now!
the conclusion is, kalo mak korg suh kwin dlm mse tdekat, kawin je.. jgn tpengaruh dgn ckp2 org kata x sempatlah, x eloklah kawin tgesa2.. sape ckp? mendirikan masjid tu x elok ke? renung2kan dan selamat beramal!!

wassalam~

Wednesday, August 10, 2011

aku dah nak kawin

entry ni khas buat sume member2 yang aku kenal.
aku akan melangsungkan pertunangan n pernikahan pada 2hb september 2011 ni dgn kekasih hati, mohd yussof mohd adam.
keputusan ni dibuat oleh kedua buah keluarga memandangkan kerja aku x tentu tempat,asyik kena posting so lebih baik dipercepatkan.
mula2 mmg rasa mcm kena paksa kawin tapi bila pk balik ini yg terbaik utk kami. dari kami habiskan masa n duit utk dating, lebih baik habiskan utk wedding yg cuma sekali seumur hidup ni. alhamdulillah walaupun ianya ditetapkan beberapa hari sblm berpuasa, semua nampaknya berjalan lancar. hampir kesemua urusan diuruskan mak n adik2nya. alhamdulillah aku ada family yg sgt2 supportive n understanding. kami hanya sempat uruskan kad kahwin n borang2 nikah sahaja. bygkan betapa xde masanya kami.
skrg aku rasa sgt2 bahagia, happy n x sabar tunggu hari tu tiba. lebih menggembirakan ada member2 yg sggup amik cuti sempena wedding kami. alhamdulillah, x terkata btapa terharunya aku.

yg buat aku terkilan satu je la. adik aku masih kat india n xdpt dihubungi smpai skrg. entah apa reaksi dia bila balik nanti kakak dia dah kawin. aku harap dia faham sbb dia sendiri harapkan perkahwinan ni berlaku

kpd 2 org sahabat yg terasa hati sbb aku x jemput sendiri, kata maaf la selayaknya yg dpt aku ucap. salah aku sbb x jemput lebih awal dari org lain. to bloggers, 2 sahabat tu sbnrnya dlm top list kami utk wedding ni. kami jemput dgn kad. mungkin fb lebih laju dr posmen, so mereka terasa x dijemput. but we've done wat we should do. menjemput tu sunat, yg dijemput wajib dtg. jd terpulang kpd mereka buat kputusan.

aku pun sbnrnye blm g kursus lg ni. tulat baru g. aku x harap sume org faham keadaan n kesuntukan masa kami, sbb Allah ada utk mengatur sume. aku harap doa kalian sentiasa mengiringi perjalanan bahtera rumahtangga kami.

yg akan dtg, terima kasih x terhingga diucapkan. yg masih pikir nk dtg ke x, dtg la ye. yg merajuk, sudah2 la, org lain pn rapat gak dgn kami, org lain jgk kenalkan kami,  kami jemput dorg lambat jugak,xde smpi majuk gini. we hope u guys will come n enjoy our wedding day. we love u all.

everything happened is in God hand.

wassalam

alamat rumah pengantin perempuan:
Lot 9776, Kg Kemiyan
Changkat Panchor,
Bota Kanan,
32600 Bota,
Perak DR

Alamat pengantin lelaki:
No 17b, Kg Parit Hj Anuar,
Batu 17, Air Hitam,
84200 Muar,
Johor DT.

Wednesday, June 15, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….


  1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel  Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  9.  Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16.  Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17.  Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18.  Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  19.  Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
  20.  Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

    HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


    Monday, April 25, 2011

    memo utk manusia

    aKu nak LepaSkan sUme Kat cnie

    TekaNan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    utk manusia ptama
    "ade bnyk bnde nk bagitau kat awk
    tapi sumenye bende2 remeh dan kebanyakannya kalau saya tak bagitau pon awak akan tau
    contohnye hari ni saye mkn ape, sy sihat ke tak, tido lena ke tak
    saye mmg nak bagitau kat awak sume tu tapi entahlah..awak buat saya taknak bagitau pape pon pasal diri saya 
    sbb tu saye ckp kalo bgtau pon xde bezanye. prangai awak ttp mcm tu jgk

    ok, kpd manusia kedua

    sepanjang minggu ni kepala otak aku cukup sarat dgn masalah kamu yg jauhnye beratus km dari aku
    x blh ke kamu sekurang-kurangnye x mnyusahkan org lain
    ni bkn pasal ungkit ngungkit,kamu dh besar panjang jd tolong behave urself. jgn jd anak derhaka,jgn jd anak yg kalau dah mati parent kamu akan tersenyum lega,jangan. x senang hidup kamu d cc Tuhan nanti. ingat,jadi anak hanya sekali,ade parent pon sekali tu je la. buruk baiknye itulah keluarga kita dunia akhirat!

    manusia ketiga

    saya telah berkhidmat lebih dr 4 bln. dan saya blm dikonfermkan. hak saya selama 2 bln utk caruman kwsp burn mcm tu je. penat lelah saye mmg lah 100% saya dapat tapi tak berbaloi sbb sepatutnye sejak 2 bln lepas gaji saya dah naik. saya ikhlas kerja d cni sbb anda berkonsepkan fardhu kifayah dan saya yakin gaji yg saya terima tu halal. jadi tolong hargai keikhlasan saya. bkn gaji semata-mata keutamaan saya tp selagi sy blm konferm,nak buat loan pun x blh.

    manusia keempat

    demi Allah aku menyayangimu lebih dari semua makhluk yg ada d muka bumi Allah ini. hanya kau sering membuatkan aku sesak nafas dgn permintaan-permintaanmu yg bagai dah tak boleh dibantah lagi. hidupku betul2 d dlm dilema. diluah mati emak, ditelan mati bapak. satu demi satu permintaanmu kau minta aku tunaikan. andainya aku pemilik dunia ini nescaya akanku beri segala isinya pdmu. mmg hanya kaulah yg berhak ke atas diriku. tp, aku juga mahu merencana hidup sendiri. aku pun ade perancangan masa depanku sendiri. dan dlm perancangan itu namamu tetap ku selitkan sebagai keutamaanku. namun permintaanmu mendahului semua perancangan itu. hidupku bagai buah catur yg mati hidupnya dia atas papan dam itu terletak d tgnmu. tak apalah,mungkin ini ertinya sebuah pengorbanan.


    on top of it here are my whole situations for this weeks

    1) rumah sewa blm dpt n hq dah mula serang
    2) bajet lari dgn gasket kete bley plak wat hal
    3) org sg tiram ni xde sorg pon yg blh dipercayai
    4) asyik perang sychology je dgn mgr n staf2 LW
    5) asyik2 mkn lauk yg same je kt kdai
    6) masalah kemengantukan yg amat ketara minggu ni
    7) beguk n demam
    8) kepala serabut setiap kali dpt call dr manusia keempat
    9) ramai sgt org suruh resign, mcm la menganggur tu lg baik dr keje yg aku wat skang ni
    10) ade bf pn serupe mcm xde je spnjg mggu ni
    11) pintu kereta yg xcdent ritu masih kemek lg
    12) anniversary ke 2 dh dkt tp ktorg mcm tggu mse je nk.. emm,phm2 je la
    13) hati ni asyik nk ngamuk je ble dok dlm kdai,yelah kepala kusut, customer mcm2 ragam, staf pon blh thn ketegaq, smpai kdg2 rase ya Allah, menyesal aku tak ikut arahan mak suruh berenti keje ritu
    14) mak ex aku bru mninggal, aku x update, x add pon.. tnmpak kt status kawan die yg scra ajaibnye adalah member aku.. ade la rase ksian tp x tluah so jd mcm sketul rase bsalah sbb pnh wat slh
    15) my current bf,bru blik dr sgpore nengok nenek die. xde kabo brite pon dr sne
    16) hari tu tbace msg yg someone tulis psl aku, ptutlah mkin lmbt aku konferm
    17) mgr sebelah (WSM) asyik nk meniru je,tkanan sungguhla!!
    18) besok, eh luse nk berkecimpong dgn dunia gaji manual yg sehari eden buek pon bolom tontu siap
    19) sorg demi sorang staf berenti. yg tinggal pon dh pandai main ugut. berenti kang, berenti kang..
    20) kepala hotak aku betul2 x bfungsi dgn btul spnjg minggu ni dan tu sume dinamakan..


    TEKANAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!