Monday, October 31, 2011

ReWang

hampir 2 bln x update blog sjak jd isteri org.. bnyk perubahan dlm hidup yg perlu difahami smpai xde masa utk duduk lama2 dpn laptop.. busy! kerja, suami. rumah n perancangan masa dpn.. everything takes everything.. 

perkara paling baru aku dh belajar sejak duduk negeri org ni adalah REWANG. bunyinye mcm...simple, g rumah org nak buat kenduri, n tolong potong2 bawang. aku dah merasa rewang kt 3 buah negeri setakat ni. negeri pertama, perak,negeri kelahiranku. upacaranya mudah, kalau jiran yg buat kenduri, pagi n ptg sblm majlis org akan beramai2 tlg potong bwg, blender itu ini n msk apa yg patut. lelaki tidak ada dlm senarai rewang. mereka hanya muncul bila makanan akan dihidangkan. REWANG tiada makna lg kalau si jiran tempah makanan pakai catering. ade la sikit bhgn kerja utk sedara mara. kalau kendurinya kecil spt majlis cukur jmbul, doa selamat atau org g haji,hanya ahli keluarga akan sediakan makanan. jiran2 yg rapat akan tlg. ada juga yg x tlg n x dtg walaupun sebelah rumah. dan itu perkara yg sgt biasa. itu kalau jiran. kalau saudara mara berkenduri, beberapa hari sblm majlis, saudara ramai dh balik. tolong buat sikit2. yg memasak, masaklah(mak2). yang mengemas, kemaslah(anak2 dara), yg mengangkat brg2 angkatlah(anak2 lelaki), yg bapak2nya hisap rokok n arah apa yg patut. kalau ada jiran, mereka akan tlg sampai makanan siap dimasak n ambil makanan sikit sorg utk merasa. ramai jgk x ambil sbb kenduri nanti akan makan lauk yg sama. kalau namanya pengantin, buatlah apa kau suka asalkan bukan buat kerja. rasionalnya, xnk bg pengantin nmpk penat n x berseri atas pelamin. 
rewang di perak motifnya masak makanan utk kenduri..

di selangor. mudah lg upacaranya. bagitau nak kenduri berpusu2 org dtg rumah memasak. cth kendurinya malam nanti, ptgnya baru mula berewang. lewat ptg semuanya siap dimasak. malam dtg semula utk makan.makanan utk 300 org dlm satu2 masa hanya seorang pn mampu siapkan,sorg bantu. biasalah hidup di kota,bkn bercampur org sgt. yg catering hanya siapkan duit shj. dari mula smpai habis, org ketering yg uruskn..tuan rumah lyn tetamu.

sekarang kita masuk bab rewang di negeri johor. x ramai yg tau selagi x jadi rakyat johor yg sebenar2nya. 1 hari nanti aku nak panggil majalah 3 buat liputan pasal kenduri kahwin terutamanya di sini. di sini, aku pernah menjadi pengantin, jiran pengantin lelaki n saudara pengantin perempuan. kita cerita satu2 ok.. buat org bkn johor, jgn terkejut dgn apa yg bakal anda baca. buat org johor, inilah kebenaran yg dipanggil adat selama ini. 

pertama, belajar bahasa dulu.
rewang = mengerah tenaga utk kduri dlm pelbagai cara dan kerja
berkat = makanan yg disediakn utk org2 kg yg dtg rewang (nasi utk 3 org mkn, lauk beberapa jenis)
makan berdamai = makan beradab
menyumbang = hulur duit

menjadi pengantin di sini tidaklah sesusah mana kerana yg penting di sini bukan pengantinnya tapi makanannya. seminggu sebelum majlis,org kg mula berewang. beberapa minggu sblm majlis, mesyuarat utk beritahu tarikh, nak msk apa, bila nk angkat balai (khemah), ada mundur (majlis sambut menantu) ke tidak, siapa chef. semuanya akan ditentukan di situ dan yg perempuan akan memasak. makan.

kemudian, kebiasaannya seminggu sblm majlis, ada angkat balai. mmg pnt nak angkat balai. rewang dan makan malah ada berkatnya.

lepas angkat balai yg perempuan akan dtg ke rumah pngntin, rebus telur, bungkus berkat, isi bunga telur, msk serunding dan bnyk lg. yg ni aku x pasti ada ke tidak berkatnya. 

kerja terus bertambah apabila majlis semakin dekat. sehari sebelum majlis..seawal pukul 7 lg dah ada org kg yg dtg ke rumah nak berewang. hari ini hari haram bg tuan rumah seisi keluarga turun ke dapur dan berewang. dari A-Z akan diuruskan sepenuhnya oleh org2 kampung. pagi org kg akan berewang masak utk brekfes dan makan tengahari utk mereka dan tuan rumah. berkat diberikan. selalunya tak ramai yg terlibat di sesi pagi. menjelang pukul 2 tengahari, 1 kampung akan turun berewang di rumah majlis. tuan rumah akan duduk bersantai dan bgtau di mana letaknya brg2 yg diperlukan shj. kita xkn nmpk dia buat apa2 sehari sblm majlis. begitu juga seluruh ahli keluarganya. kali ni mereka akan masak utk mkn mlmnya pula di mana malam sblm kenduri akan diadakan majlis berzanji oleh kaum2 hawa. yg lelaki akan menggoreng ayam, pasang meja dan sediakan apa yg perlu utk esok. berkat kuih dan gula2 diberikan lg oleh tuan rumah. kalau mahu tgk kaum hawa melaram sakan, masa inilah. sbb hari majlis bkn hari melawa sbb masih perlu rewang..

hari majlis.

pukul 7 lebih org kg dh dtg. rewang. kali ni baru betul2 masak utk kenduri. kerja diagihkan sekelip mata. yg buat makan berdamai lain, pencuci mulut lain, penyambut tetamu lain, cuci pinggan lain, cuci cawan lain, buat air lain, potong bwg lain,tukang cedok, tukang lap, tukang angkat tukang kacau, tukang mngarah, mastermind dan bermacam2 lg jawatan yg ada. 100 % dilakukan oleh org2 kg. tuan rumah pula akan berada di anjung, x bergerak2 spy senang tetamu dtg mencari utk menyumbang. dkt perak pn ada nyumbang2 gini tp tuan rumahnya tidaklah duduk setempat sampai pengantin dtg pun tidak boleh ikut serta meraikan pengantin. seperti yg diberitahu d awal tadi, pengantinnya tidak penting, yg penting makanannya.

berkat masih diberikan pd hari kenduri.

aku jaga bahagian cateringnya. cedok bubur. dari sudut tu, aku nampak ibu bapa pengantin, tukang masak, penyambut tetamu, dan org2 rewang/ kendarat (org rewang di hari kenduri). wajah ibu pengantin sama mcm reaksi mak mentuaku di hari persandingan kami. muram sambil menerima sumbangan. tidak ada perkara yg menggembirakan pd majlis sambut menantu. wajahnya risau memanjang. tukang masak tidak henti2 memasak, penyambut tetamu terus menyambut walaupun tidak kenal, saudara mara terus berada di anjung menanti pengantin. ada sudut membungkus berkat,dari pg smpai ptg d situlah dia. 

satu shj pendapatku. semua ni membazir. di akhirnya tidak ada siapa pun yg gembira. berkat yg diberikan dibuang begitu saja. kos utk mengadakan berkat utk 1 kg mencecah sampai rm2000. blm makanan utk majlisnya. tidak hairan jika kos mengadakan sebuah majlis kahwin simple sekalipun mencecah sampai berbelas ribu! 

biar mati anak, jgn mati adat.

selagi peribahasa itu dijunjung, kami akan terus membazir.

yg seronoknya 1 je, time pengantin diarak.. ada kompang, zapin,n silat. best sgt... 

yg lain..korg rasalah sendiri sonok ke x.. my opinion is up there.. thats all 4 now.. 

p/s: blm ade berita baik lg tau ;)

wassalam